Tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga naik atau turun
|  | 
| https://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/ | 
Wang fiat (Duit kertas) tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.
RM1,000 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.
Kalau nak simpan wang fiat (duit kertas), simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.
Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal (seperti di bawah) yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.
Kalau menurut teori 1dinar 1ekor kambing, apa yang mampu dibeli oleh 10gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 100 tahun akan datang. Emas simpanan yang sangat sesuai untuk jangka panjang dan ia akan dapat memberi manfaat kepada mereka yang bijak menggunakannya.
Harga emas ada naik dan ada turun mengikut lemah dan kuatnya wang fiat. Jika wang fiat lemah yakni merosot nilai, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya.
Ini membawa maksud harga emas tidak sentiasa naik tanpa ada turun. Sebab tu bila ada mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas yang sentiasa untung sahaja, baik angkat kaki cepat-cepat. Nanti menangis tidak berlagu kelak.
Ramai akan nanti tertanya-tanya, jika harga ada naik dan ada turun, di mana untungnya menyimpan emas. Saya nak kongsi tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga ada naik dan ada turun ini.
1. Untung simpan emas bila beli masa murah dan jual balik semasa harga naik. Walau harga emas ada naik dan ada turun, untuk jangka panjang ia tetap naik. Untuk raih untung, simpan dalam tempoh lama dan jual emas yang dimiliki untuk menikmati keuntungan.
2. Untungnya simpan emas adalah sebagai alat merawat bocor kewangan. Bila simpan dalam bentuk wang, mudah sangat untuk bocor kerana sifat duit adalah untuk dibelanjakan. Manakala menyimpan dalam emas dapat merawat kebocoran kerana akan wujud perasaan sayang untuk jual atau gadai kecuali berlaku kecemasan. Dengan ini simpanan akan bertahan, malah akan bertambah seiring dengan pertambahan jumlah simpanan.
3. Untungnya menyimpan emas ialah dapat memupuk sikap berhemah berbelanja dan suka menyimpan. Walau emas mudah dicairkan tetapi bagi penyimpan emas hanya akan mencairkan emas bila berlaku kecemasan, bukan untuk perbelanjaan tidak perlu. Malah dengan menyimpan emas juga boleh mewujudkan tabiat menyimpan dengan lebih konsisten berbanding menyimpan dalam bentuk wang. Apa yang pasti, jumlah simpanan akan meningkat dan kekal sebagai simpanan.
Dan banyak lagi...
"Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit"
Azam Amiri || PG00099605
Active Priority Dealer Public Gold
☎www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas
