Isnin, 20 April 2020


MAKLUMAN KEPADA PELAWAT BLOG INI

Blog ini akan dimatikan bila-bila masa, segala perkongsian saya berkenaan emas dan kewangan akan  berpindah ke website baru saya azamamiri.com (Seperti dalam gambar diatas)

Tuan puan boleh KLIK LINK diatas untuk akses ke website baru saya, semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi lawat ke website saya.

Azam Amiri

Isnin, 13 Januari 2020

tabunganemaspublicgold.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas dan kewangan. Saya menulis perkongsian ini dengan satu niat iaitu ingin membantu anda memahami cara-cara membuat simpanan dan pelaburan emas dengan betul, tepat, selamat dan patuh syariah. Saya aktif di dalam dunia emas sejak tahun 2015 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas boleh dikatakan sudah berkembang di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas mula menjadi trend dan menjadi satu intrument kewangan yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya perlu membaca buku-buku rujukan, menghadiri seminar emas dan kewangan, dan membaca blog. Setelah hampir setahun,barulah saya dapt berkenalan dan berjumpa dengan orang yang berpengalaman dalam dunia emas dan kewangan. 

Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada orang yang berpengalaman dalm bidang kewangan dan emas. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul- betul pakar.

Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.


PENGENALAN DIRI SAYA:

Saya Muhammad Azam Amiri merupakan Dealer Public Gold yang aktif mendidik orang ramai menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul & berilmu. Saya juga merupakan penyimpan emas sejak tahun 2015 dan setakat hari ini saya berjaya mendidik lebih daripada 600 orang penyimpan emas dan pelabur emas dibawah bimbingan dan rangkaian (empayar) saya di seluruh Malaysia, termasuk juga Sabah & Sarawak yang berdaftar secara sah dengan Public Gold. Saya bukan jual emas, tapi hanya memperkenalkan emas dari Public Gold dan berkongsi ilmu emas yang ada.

Ilmu yang kita tak pernah belajar semasa di sekolah mahupuns di universiti.  Saya hanya ajar dan tunjukkan cara-cara yang sangat mudah berjual beli emas dan simpan emas melalui Public Gold dan memudahcara anda untuk menyimpan & melabur emas. Saya juga suka berkongsi tips2 kewangan bagi student untuk membantu mereka mengurus kewangan dengan betul agar tidak terjebak dengan “Neraka Wang”. Saya sedia membantu para pelajar ataupun para pekerja yang ingin membuat simpanan dengan betul & selamat.  Saya akan bantu dan guide secara percuma sehingga anda berjaya mula membuat tabungan emas. Public Gold sudah wujud sejak tahun 2008. Ia merupakan platform terbaik bagi sesiapa yang mahu mulakan simpanan emas serendah 1gram. Public Gold memenuhi 5 ciri-ciri utama yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu nak beli ataupun tukarkan duit kepada emas dari mana-mana kedai emas atau syarikat yang jual emas.


5 CIRI ITU ADALAH:

1) Harga rendah (rujuk : www.publicgold.com.my)
2) Spread rendah/nipis
3) Stok tiada had
4) Cawangan yang banyak (termasuk Arrahnu Pos)
5) Jaminan belian balik

Dealer atau pelanggan Public Gold, beli emas pada harga yang sama seperti dalam website. Tiada yuran keahlian diperlukan, tiada GST dikenakan. Beli emas dapat emas. Jadi jika ada sebarang permasaalahan mengenai emas PUBLIC GOLD atau ingin tahu tentang Public Gold atau ingin tahu tentang ilmu emas sila hubungi saya. Bila-bila masa, in syaaAllah saya akan membantu sedaya mungkin..

Untuk pengetahuan anda Public Gold Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:
1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

Sebagai seorang PG Bussines Owner, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda. Saya doakan semoga terus konsisten mendidik orang ramai untuk celik emas & kewangan. Insyaallah .

Azam Amiri || PG00099605
Authorised Priority Dealer Public Gold