Isnin, 20 April 2020


MAKLUMAN KEPADA PELAWAT BLOG INI

Blog ini akan dimatikan bila-bila masa, segala perkongsian saya berkenaan emas dan kewangan akan  berpindah ke website baru saya azamamiri.com (Seperti dalam gambar diatas)

Tuan puan boleh KLIK LINK diatas untuk akses ke website baru saya, semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi lawat ke website saya.

Azam Amiri

Isnin, 13 Januari 2020

tabunganemaspublicgold.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas minat anda untuk mendalami ilmu emas dan kewangan. Saya menulis perkongsian ini dengan satu niat iaitu ingin membantu anda memahami cara-cara membuat simpanan dan pelaburan emas dengan betul, tepat, selamat dan patuh syariah. Saya aktif di dalam dunia emas sejak tahun 2015 sehingga hari ini. Pada waktu itu pelaburan emas boleh dikatakan sudah berkembang di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pelaburan emas mula menjadi trend dan menjadi satu intrument kewangan yang dicari-cari oleh rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan ilmu emas ketika itu saya perlu membaca buku-buku rujukan, menghadiri seminar emas dan kewangan, dan membaca blog. Setelah hampir setahun,barulah saya dapt berkenalan dan berjumpa dengan orang yang berpengalaman dalam dunia emas dan kewangan. 

Cikgu-cikgu yang berkongsi ilmu emas dengan saya terdiri daripada orang yang berpengalaman dalm bidang kewangan dan emas. Dengan tunjuk ajar mereka, saya rasa amat bertuah kerana dapat mempelajari ilmu emas yang betul dengan orang yang betul- betul pakar.

Saya dapati amat penting untuk anda mempelajari ilmu dari orang yang pakar di dalam bidang berkenaan. Ini kerana jika tersalah langkah, anda mungkin mempelajari ilmu emas ini dari agen-agen skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Mereka ini akan mengajar ilmu emas yang jauh terpesong. Apatah lagi jika keuntungan segera, sentimen keagamaan dan bangsa dijadikan daya penarik. Akhirnya, anda boleh rugi besar kerana menjadi mangsa penipuan. Saya doakan anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Kuasailah ilmu emas. Ilmu kekayaan sebenar.


PENGENALAN DIRI SAYA:

Saya Muhammad Azam Amiri merupakan Dealer Public Gold yang aktif mendidik orang ramai menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul & berilmu. Saya juga merupakan penyimpan emas sejak tahun 2015 dan setakat hari ini saya berjaya mendidik lebih daripada 600 orang penyimpan emas dan pelabur emas dibawah bimbingan dan rangkaian (empayar) saya di seluruh Malaysia, termasuk juga Sabah & Sarawak yang berdaftar secara sah dengan Public Gold. Saya bukan jual emas, tapi hanya memperkenalkan emas dari Public Gold dan berkongsi ilmu emas yang ada.

Ilmu yang kita tak pernah belajar semasa di sekolah mahupuns di universiti.  Saya hanya ajar dan tunjukkan cara-cara yang sangat mudah berjual beli emas dan simpan emas melalui Public Gold dan memudahcara anda untuk menyimpan & melabur emas. Saya juga suka berkongsi tips2 kewangan bagi student untuk membantu mereka mengurus kewangan dengan betul agar tidak terjebak dengan “Neraka Wang”. Saya sedia membantu para pelajar ataupun para pekerja yang ingin membuat simpanan dengan betul & selamat.  Saya akan bantu dan guide secara percuma sehingga anda berjaya mula membuat tabungan emas. Public Gold sudah wujud sejak tahun 2008. Ia merupakan platform terbaik bagi sesiapa yang mahu mulakan simpanan emas serendah 1gram. Public Gold memenuhi 5 ciri-ciri utama yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu nak beli ataupun tukarkan duit kepada emas dari mana-mana kedai emas atau syarikat yang jual emas.


5 CIRI ITU ADALAH:

1) Harga rendah (rujuk : www.publicgold.com.my)
2) Spread rendah/nipis
3) Stok tiada had
4) Cawangan yang banyak (termasuk Arrahnu Pos)
5) Jaminan belian balik

Dealer atau pelanggan Public Gold, beli emas pada harga yang sama seperti dalam website. Tiada yuran keahlian diperlukan, tiada GST dikenakan. Beli emas dapat emas. Jadi jika ada sebarang permasaalahan mengenai emas PUBLIC GOLD atau ingin tahu tentang Public Gold atau ingin tahu tentang ilmu emas sila hubungi saya. Bila-bila masa, in syaaAllah saya akan membantu sedaya mungkin..

Untuk pengetahuan anda Public Gold Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:
1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

Sebagai seorang PG Bussines Owner, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda. Saya doakan semoga terus konsisten mendidik orang ramai untuk celik emas & kewangan. Insyaallah .

Azam Amiri || PG00099605
Authorised Priority Dealer Public Gold

Ahad, 3 November 2019

Tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga naik atau turun


https://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/

Wang fiat (Duit kertas) tak sesuai untuk simpanan jangka panjang sebab ia tak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

RM1,000 hari ini confirm tak mampu membeli barang yang sama 10 tahun akan datang sebab kuasa belinya confirm semakin susut.

Kalau nak simpan wang fiat (duit kertas), simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal (seperti di bawah) yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah.

Kalau menurut teori 1dinar 1ekor kambing, apa yang mampu dibeli oleh 10gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 100 tahun akan datang. Emas simpanan yang sangat sesuai untuk jangka panjang dan ia akan dapat memberi manfaat kepada mereka yang  bijak menggunakannya.

Harga emas ada naik dan ada turun mengikut lemah dan kuatnya wang fiat. Jika wang fiat lemah yakni merosot nilai, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya.

Ini membawa maksud harga emas tidak sentiasa naik tanpa ada turun. Sebab tu bila ada mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas yang sentiasa untung sahaja, baik angkat kaki cepat-cepat. Nanti menangis tidak berlagu kelak.

Ramai akan nanti tertanya-tanya, jika harga ada naik dan ada turun, di mana untungnya menyimpan emas. Saya nak kongsi tiga keuntungan simpan emas walau dalam keadaan harga ada naik dan ada turun ini.

1. Untung simpan emas bila beli masa murah dan jual balik semasa harga naik. Walau harga emas ada naik dan ada turun, untuk jangka panjang ia tetap naik. Untuk raih untung, simpan dalam tempoh lama dan jual emas yang dimiliki untuk menikmati keuntungan.

2. Untungnya simpan emas adalah sebagai alat merawat bocor kewangan. Bila simpan dalam bentuk wang, mudah sangat untuk bocor kerana sifat duit adalah untuk dibelanjakan. Manakala menyimpan dalam emas dapat merawat kebocoran kerana akan wujud perasaan sayang untuk jual atau gadai kecuali berlaku kecemasan. Dengan ini simpanan akan bertahan, malah akan bertambah seiring dengan pertambahan jumlah simpanan.

3. Untungnya menyimpan emas ialah dapat memupuk sikap berhemah berbelanja dan suka menyimpan. Walau emas mudah dicairkan tetapi bagi penyimpan emas hanya akan mencairkan emas bila berlaku kecemasan, bukan untuk perbelanjaan tidak perlu. Malah dengan menyimpan emas juga boleh mewujudkan tabiat menyimpan dengan lebih konsisten berbanding menyimpan dalam bentuk wang. Apa yang pasti, jumlah simpanan akan meningkat dan kekal sebagai simpanan.

Dan banyak lagi...

"Ada duit belum tentu ada emas, Ada emas sudah tentu ada duit"

Azam Amiri || PG00099605
Active Priority Dealer Public Gold
☎www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

Isnin, 24 Disember 2018


FAKTOR KOS HAJI TURUN 80%?

Perkongsian daripada guru emas saya En. Mohd Zulkifli Shafie, iaitu penulis buku Wang Emas dan Buku Misi Bebas hutang. Beliau mengatakan kos haji per person semakin murah disebabkan:

1. Semakin ramai jemaah haji Malaysia dari tahun ke tahun
2. Jumlah subsidi kerajaan untuk jemaah haji di Malaysia meningkat (dalam bentuk RM).

Cuma dalam bentuk ringgit, ianya semakin meningkat disebabkan ringgit jatuh dan kuasa beli duit kertas yang sememangnya semakin merosot.
Sebab tu, kalau diukur dalam bentuk emas, kos haji sebenarnya turun 80% berbanding 20 tahun yang lalu.

Ia fakta yang agak mengejutkan.

Pada tahun 1998, kos menunaikan haji untuk jemaah dari Malaysia ialah sebanyak 267 gram emas, tetapi pada tahun 2017 (iaitu selepas 20 tahun), kos menunaikan haji menurun kepada 56 gram emas sahaja! Penurunan sekitar 80%! Fakta ini benar-benar mengejutkan saya.

  • 1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram
  • 1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram
  • 2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram
  • 2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram
  • 2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram
  • 2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram


Simpan 60 Gram Emas Sebagai Dana Haji
Jadi siapa nak buat simpanan pergi haji, simpan dalam bentuk emas jauh lebih baik daripada simpan dalam bentuk tunai di bank. Berdasarkan fakta ini, siapa simpan emas akan lebih cepat mampu pergi haji berbanding yang simpan dalam bentuk duit kertas.

Saya syorkan, letak target simpan 60 gram emas sebagai Dana Haji. Simpan 1 gram 1 bulan dari sekarang, lagi 5 tahun simpanan tu akan cukup 60 gram. Kalau stastik menunjukkan kos haji semakin murah kalau dibayar dengan emas, maka saya percaya, nilai 60 gram emas tu cukup untuk pergi haji lepas 5 tahun akan datang, insyaAllah.

Tapi kalau tempoh giliran pergi haji masih panjang, teruskan simpan sahaja 1 gram 1 bulan sebagai Dana Haji. Saya diberitahu oleh sahabat saya yang biasa bawa jemaah haji katanya, kalau ada RM40,000, boleh pergi sendiri jer. Tak perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji.

Maksudnya kalau Dana Haji yang disimpan dalam bentuk emas itu dah cukup 230 gram hari ini (iaitu bersamaan nilai RM40,000), dah boleh pergi sendiri tanpa perlu tunggu giliran yang ditetapkan oleh Tabung Haji, insyaAllah.

Sumber: En. Mohd Zulkifli Shafie.

P/s: Wasap saya segera untuk dapatkan laporan ringkas tentang “kenapa perlu simpan emas” secara PERCUMA  www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas

Siapa yang nak bermula simpanan emas dibawah bimbingan saya,

PERCUMA Nota Emas & Kewangan bernilai RM399

PERCUMA sesi Group Coaching Emas & Kewangan
PERCUMA sesi Personal Coaching Emas & Kewangan
Boleh Whatsapp saya dengan klik 
www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas
Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold
☎️ www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

Selasa, 6 November 2018

RAHSIA DISIPLIN DALAM MENYIMPAN DAN JADIKAN SIMPANAN PAKSA TERBONGKAR!!



Tahniah saya ucapkan kepada Cik Hidayah salah seorang penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang mula simpan emas pada awal JUN yang lepas sampailah sekarang masih konsisten menyimpan emas 1gram 1bulan sebagai dana backup kewangan.  (sekarang genap 6 bulan Cik Hidayah menabung emas dan tabungannya cukup ada 6 gram) TAHNIAH!!

Perkongsian daripada guru emas saya En. Zulkifli Shafie dalam bukunya (Misi Bebas Hutang), bagi sesiapa yang mula hendak menyimpan emas sebagai “forgotten saving”, antara cara yang berkesan ialah mulakan dahulu dengan satu gram satu bulan.
Disiplinkan yang itu sahaja dahulu dan jangan bercita cita terlalu tinggi.

simpan sedikit sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik berbanding beli banyak dan terus berhenti. Ini kerana perkara paling penting dalam menyimpan
ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang.

Walaupun cuma satu gram satu bulan, nanti sedar sedar setahun sudah ada 12gram simpanan emas. Bahkan pengalaman menunjukkan,
jumlah simpanan emas itu akan melebihi 12gram sebab naluri kita pada emas ialah mahu simpan dsn mengumpulnya lebih banyak. Maka kita akan terus tambah simpanan itu tanpa terfikir untuk menjualnya.

                             KELEBIHAN SIMPAN 1GRAM 1BULAN


tabunganemaspublicgold.blogspot.com

Apa yang saya perhatikan, kelebihan simpan emas satu gram satu bulan secara berdisiplin ialah:

•Ia akan jadi "simpanan paksa". Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tidak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji,
paksa diri beli satu gram satu bulan melalui Akaun Emas (yang boleh keluarkan emas fizikal seperti Akaun Emas GAP Public Gold). Selebihnya terpulanglah hendak simpan di mana. Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, alamatnya sampai bila-bila tidak akan mampu menyimpan.

•Penyimpan emas yang membeli secara berkala tidak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun dapat harga purata.
Kalau membeli tiga peringkat harga, contohnya RM170, RM180, dan RM190 segram, maka kos purata hanyalah RM180.
Harga emas naik kita seronok, harga emas turun lagi seronok! Kan??

"BELI EMAS DAN MENANG EMAS"
tabunganemaspublicgold.blogspot.com

Setiap pembelian emas serendah RM100 dan keatas setiap bulan sudah layak untuk anda sertai Buy & Win Campaign”. Mana nak cari? beli emas dapat jokong emas FREE pulak ðŸ˜˜vd
Peraduan ini hanya layak untuk anda yang membuat pembelian emas pada bulan tersebut. Contohnya, pada bulan tersebut anda telah membuat pembelian emas dengan menambah sebanyak RM100 ke dalam Akaun Tabungan Emas GAP. Pengumuman cabutan pada bulan tersebut akan diumumkan pada bulan berikutnya. Jika nama anda "dicabut" dan anda ada membuat pembelian pada bulan tersebut, anda sudah layak untuk menerima jokong emas PERCUMA daripada Public Gold, sekiranya anda tidak membuat pembelian pada bulan tersebut, walau nama anda dicabut sekalipun anda tetap tidak layak menerima hadiah. Secara mudahnya jika inginkan peluang, beli dan tambahlah simpanan emas anda walau serendah RM100 setiap bulan. Mana tahu ada rezeki dapat emas PERCUMA. Untuk makluman kepada anda, sudah ramai penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang menerima hadiah cabutan bertuah daripada Public Gold, dan ada jugak yang namanya dicabut tapi tidak layak untuk dapat hadiah emas sebab pada bulan tersebut dia tidak membuat pembelian emas. Aduuu ruginya... huhuhu.. Pengajarannya, beli dan simpanlah emas secara konsisten, barulah anda akan nampak hasilnya dan lebih faham. Insyaallah.

PM wasap saya segera untuk mula simpam emas serendah RM100 atau terpulang kepada bajet anda >> www.wasap.my/+60179600278/NakMulaSimpanEmas

Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold

Siapa yang nak bermula simpanan emas dibawah bimbingan saya,
+ PERCUMA Nota Emas & Kewangan bernilai RM399
+ PERCUMA sesi Group Coaching Emas & Kewangan
+ PERCUMA sesi Personal Coaching Emas & Kewangan
Boleh Whatsapp saya dengan klik www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas