| http://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/ | 
Ada banyak sebab kenapa kita perlu simpan emas. Antaranya ialah:
1- Emas magnet kekayaan. Simpanan dalam bentuk emas lebih susah untuk bocor berbanding duit kertas. Emosi manusia dengan emas nak simpan elok-elok dan sayang nak jual kalau tidak terdesak.
2- Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh tahun 1999 harga emas ialah USD 252/Oz(31.1g), tetapi pada tahun 2017 harganya telah meningkat kepada USD 1300/Oz.
3- Nilai duit kertas makin lama makin menyusut. Kuasa beli duit kertas 10 tahun dahulu tidak akan sama dengan sekarang. Contohnya dengan RM50, jumlah barang yang dapat dibeli 10 tahun dahulu dan sekarang tak sama, makin sikit.
4- Kuasa beli emas adalah kekal. Ini kerana emas kalis inflasi. Buktinya dengan harga 1 dinar dapat beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang.
5- Emas adalah aset yang sangat cair. Berbanding dengan aset seperti rumah dan tanah, emas lebih mudah untuk dijual bila memerlukan tunai segera. Emas juga aset yang boleh dibeli sikit-sikit, contohnya dengan Public Gold, emas boleh dibeli sekecil item 0.5gram.
6- Emas tidak boleh dimanipulasi. Emas tidak boleh dicetak sebagaimana duit kertas. Duit kertas boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah negara. Makin banyak dicetak, duit kertas akan jadi makin tiada nilainya sebagaimana yang terjadi di negara Zimbabwe.
7- Emas adalah kekayaan sebenar. Walau apa jua yang berlaku kepada ekonomi dan politik, emas akan kekal bernilai buat selama-lamanya sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Kalau duit kertas risiko untuk jadi tak laku amat tinggi, contohnya duit yang koyak atau duit sesebuah negara yang bergolak, memang tak laku.
Inilah beberapa sebab kenapa kita perlu menjadikan emas sebagai sebahagian daripada portfolio simpanan. Kalau ikut kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk Emas Fizikal.
Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold International
www.wasap.my/+60179600278
#tipsemas #publicgold
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan