Selasa, 9 Januari 2018

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?



http://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/

Ada banyak sebab kenapa kita perlu simpan emas. Antaranya ialah:

1- Emas magnet kekayaan. Simpanan dalam bentuk emas lebih susah untuk bocor berbanding duit kertas. Emosi manusia dengan emas nak simpan elok-elok dan sayang nak jual kalau tidak terdesak.

2- Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh tahun 1999 harga emas ialah USD 252/Oz(31.1g), tetapi pada tahun 2017 harganya telah meningkat kepada USD 1300/Oz.

3- Nilai duit kertas makin lama makin menyusut. Kuasa beli duit kertas 10 tahun dahulu tidak akan sama dengan sekarang. Contohnya  dengan RM50, jumlah barang yang dapat dibeli 10 tahun dahulu dan sekarang tak sama, makin sikit.

4- Kuasa beli emas adalah kekal. Ini kerana emas kalis inflasi. Buktinya dengan harga 1 dinar dapat beli seekor kambing sejak 1400 tahun dahulu hingga sekarang.

5- Emas adalah aset yang sangat cair. Berbanding dengan aset seperti rumah dan tanah, emas lebih mudah untuk dijual bila memerlukan tunai segera. Emas juga aset yang boleh dibeli sikit-sikit, contohnya dengan Public Gold, emas boleh dibeli sekecil item 0.5gram.

6- Emas tidak boleh dimanipulasi. Emas tidak boleh dicetak sebagaimana duit kertas. Duit kertas boleh dicetak tanpa had oleh sesebuah negara. Makin banyak dicetak, duit kertas akan jadi makin tiada nilainya sebagaimana yang terjadi di negara Zimbabwe.

7- Emas adalah kekayaan sebenar. Walau apa jua yang berlaku kepada ekonomi dan politik, emas akan kekal bernilai buat selama-lamanya sebab nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Kalau duit kertas risiko untuk jadi tak laku amat tinggi, contohnya duit yang koyak atau duit sesebuah negara yang bergolak, memang tak laku.

Inilah beberapa sebab kenapa kita perlu menjadikan emas sebagai sebahagian daripada portfolio simpanan. Kalau ikut kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sekurang kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan kita perlu disimpan dalam  bentuk Emas Fizikal.

Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold International
www.wasap.my/+60179600278

#tipsemas #publicgold

Isnin, 8 Januari 2018

Pengenalan Kepada Akaun Tabungan Emas GAP Public Gold Dan Bagaimana Cara Untuk Mula Menyimpan Emas



http://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/

APA ITU AKAUN TABUNGAN EMAS GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.
Boleh semak harga di sini 👉Public Gold

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

BAGAIMANA CARA UNTUK MULA?

1. CARA MUDAH BELI EMAS GAP 1GRAM TERUS MEMBUKA ACC TABUNGAN EMAS PUBLIC GOLD tanpa yuran TANPA PERLU DAFTAR... ikuti saja... 

1.bank in / transfer RM........  ke akaun PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD bernombor 
5571-3923-8048 (maybank)
ATAU...
3167-52-0833 (public bank)

2. Ambil gambar resit bank in/transfer. ( Resit Perlu Simpan )

3. Gambar resit bayaran bank in/transfer, hantar kepada saya 0179600278 untuk saya proses...
berserta maklumat diri dan introducer seperti di bawah..

 PG NEW BELI GAP;
Tarikh belian :
Masa belian :
Nama penuh : 
Nombor IC :  
Nombor Tel : 
Email : 
Item pembelian : Beli GAP RM
Nama introducer : MUHAMMAD AZAM AMIRI BIN MOHD RAFFI
Kod PG introducer : PG00099605

disertakan resit pembelian bank in/transfer


2. Cara kedua ialah, anda boleh hadir ke mana mana Branch Public Gold yang berdekatan, check alamat >DI SINI dan memaklumkan kepada staf untuk membuka Akaun Tabungan Emas GAP. Dan anda perlu maklumkan kepada staf bahawa saya (Muhammmad Azam Amiri Bin Mohd Raffi || PG00099605) Sebagai INTRODUCER anda.

Atau anda boleh isi maklumat disini untuk daftar secara mudah>>DAFTAR PERCUMA

Itu sahaja, Maklumat lanjut boleh wasap saya di No berikut👇


Azam Amiri
Authorised Dealer Public Gold International