|  | 
| http://tabunganemaspublicgold.blogspot.com/ | 
Dari saya ajar dia sorang, baik saya tulis, ramai boleh baca.
1. BUAT BAJET PERBELANJAAN.
-Percayalah, pengurusan kewangan anda akan lebih tersusun sekiranya anda tahu berapa duit yang masuk & keluar setiap bulan.
- Bahagikan duit bulanan yang anda dapat dari mak ayah / PTPTN / Biasiswa / bisnes untuk perkara seperti yuran, simpanan, makan minum, buku, bil-bil, rumah sewa, minyak moto/kereta, dan lain-lain.
- Tetapkan limit perbelanjaan bulanan untuk setiap perkara tersebut.
2. PINJAM SECARA BIJAK.
- Kebanyakan dari kita menggunakan pinjaman PTPTN untuk menyambung pengajian.
- Kita seronok saat duit PTPTN masuk akaun bank. Yeayyy!
- Tapi kena ingat! apa yang dipinjam mesti DIBAYAR SEMULA!
- Jangan dapat PTPTN terus belanja tak tentu hala, beli hp baru dan sebagainya.
- Usaha selagi boleh untuk dapatkan DISKAUN PTPTN dengan mendapatkan pencapaian yang sangat cemerlang dalam pelajaran. Malah boleh ditukar menjadi biasiswa lagi!
3. BELAJAR UNTUK BERKATA TIDAK!
- Tidak dinafikan ada antara kawan-kawan kita yang hidupnya mewah, datang dari keluarga berada dan berkemampuan.
- Kerap makan di luar. Hujung minggu berjalan. Pergi tengok wayang.
- Bila kita diajak untuk join mereka, belajar untuk katakan TIDAK.
- Kita tidak perlu makan diluar hari-hari, boleh masak sendiri. Tak perlu tengok wayang dihujung minggu, baik cycling pusing Universiti (UPSI Luas bebb)π.
- Banyak yang boleh dijimatkan dengan hanya berkata TIDAK.
4. CARI DISKAUN PELAJAR.
- Banyak tempat dan servis yang memberikan diskaun pelajar!
-Jangan lepaskan peluang ni!!
- Bawa kad pelajar anda kemana-mana.
- Dan JANGAN SEGAN untuk minta DISKAUN PELAJAR walaupun tidak dinyatakan! JUST ASK! Kalau tak dapat diskaun pun, mesti pekerja tu bagi free gift!
- KTMB, TGV Cinema, Kedai makan, kedai buku, KFC, kebanyakkannya ada diskaun untuk pelajar. Go grab it! (Jika tak boleh tahan sangat)
5. KURANGKAN PENGGUNAAN MOTOR & KERETA .
-Jika kelas dekat dan rasa ianya tidak keberatan untuk berjalan, maka berjalan lah, dan jika ada bas Universiti maka naik lah bas, jimat minyak dan jimat kos. Macam di UPSI ada bas kitaran, so naik lah bas.
-Guna kenderaan apabila perlu sahaja, contohnya jika kecemasan, dan seumpama dengannya.
6. BELAJAR MENYIMPAN EMAS.
- Dah dapat duit PTPTN jangan simpan semua dalam akaun bank. Keluarkan, segera beli EMAS!
- Emas ni susah nak mencair. Kalau ada RM2,000 dalam akaun, mesti nak bukak Lazada lah, Lelong lah.. ade jee syaitonirrajimmm..
- Tapi kalau kita ada 10gm emas yang nilainya juga RM2,000 mesti kita takkan gunakan, takkan gadaikan. Percayalah!
_________________________________________________________________
#UPDATE Terbaru!!
IKLAN DRAMA PENDEK, CARA STUDENT MENGURUS KEWANGAN DENGAN MENYIMPAN EMAS. #TENGOK!!
~Iklan video ringkas tentang Public Gold, iaitu platform emas No.1 terbesar di Malaysia yang menjalankan urusniaga jual beli emas dan tempat untuk membuat penyimpanan dan pelaburan emas yang paling terbaik, mudah, murah, selamat dan patuh syariah. KLIK SINI >>
https://www.facebook.com/azam.amiri.587/videos/2230812220464966/FB LIVE RECORDED!!
KLIK SINI UNTUK TENGOK VIDEO LIVE >>> https://www.facebook.com/azam.amiri.587/videos/2189727551240100/
Selamat Menonton!!π
___________________________________________________________________
PANDUAN BELANJA DUIT PTPTN & CARA BUAT TABUNGAN EMAS
#Baca selanjutnya >>KLIK DISINI
Okay tu je nak tulis.
.
Kalau rasa baik, Bertindaklah! Share lah!
.
SELAMAT BERAMAL!
Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold
☎www.wasap.my/+60179600278
 
2 ulasan:
cari duit tambahan, belajar buat part time
Yup, betul tu Tuan Muhammad Faiz. Saya setuju..
Macam saya pon berniaga juga secara kecil kecilan, dapat untung berniaga saya alihkan sebahagian keuntungan saya kepada emas. Insyaallah simpanan lebih kekal dan lebih bertahan lebih lama jika ditukarkan dalam bentuk emas.
Saya juga merupakan penyimpan emas tegar dan juga merupakan Dealer Emas Public Gold yang aktif mendidik masyarakat menyimpan dan melabur emas dengan berilmu.
Insyaallah jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mula simpan emas boleh hubungi saya di talian..
0179600278
Terima Kasih.... ;)
Catat Ulasan