“DARI SINI SAYA MULA MINAT BISNES DAN MULA BINA TABUNGAN”
(kisah ringkas saya)
|  | 
| tabunganemaspublicgold.blogspot,com | 
Ayah saya bertugas sebagai guru disini sejak awal tahun 1990-an sehinggalah sekarang, dan ayah saya juga ditugaskan sebagai guru yang mengambil alih untuk menjual di koperasi sekolah ini. Sebelum saya lahir lagi ayah saya sudah mengajar dan berniaga di koperasi sekolah.
Setelah saya lahir dan membesar didalam sekolah (Kuarters Guru), kesemua peringkat dari abang saya yang sulong, dan turun kepada saya, dan seterusnya diwarisi oleh adik2 saya semuanya pernah membantu ayah saya untuk meniaga di koperasi sekolah ini. Kami semua pernah belajar untuk bisnes, dulu semasa sekolah rendah, semua barangan dalam koperasi saya ingat satu persatu dari segi harganya dan berapa banyak lagi stok yang ada semua dalam kepala saya. Maklumlah setiap hari masuk koperasi bantu ayah saya meniaga dan setiap hari saya mengaudit barangan dan mengira duit.
Habis ja waktu persekolahan, tugas saya untuk kutip duit koperasi dan bawa balik pulang rumah untuk kira kira. Setelah habis kira duit, abah saya bagi upah RM1.00, sungguh gembira dan terharu.. huhu.. Begini rutin saya setiap hari semasa sekolah rendah sejak darjah 1 sampailah darjah enam.
Sekolah rendah saya ibarat rumah, rumah pon ibarat sekolah, sekolah pon ibarat rumah, sebab rumah saya dalam sekolah. kikiki. Tiba ja waktu rehat saya akan pergi ke koperasi untuk bantu ayah saya menjual, dan ada kala saya terpaksa bahagi masa untuk pergi ke perpustakaan bertugas menyusun buku dan menjaga kaunter untuk sesi peminjaman dan pemulangan buku2. Saya dulu sebagai pengawas perpustakaan dan pengawas koperasi secara tak langsung. Ada hari saya perlu bertugas untuk baca doa diwaktu pagi sebelum masuk kelas dan menjaga koperasi. Masuk kelas lewat pon cikgu dah tahu, saya ada tugas. Terima Kasih cikgu..
Semasa darjah lima, saya mula untuk buat bisnes sendiri iaitu bisnes menjual barangan dalam katalog sehinggalah dipertengahan saya darjah enam saya menjalankan bisnes ini. Saya bekerjasama dengan mak sedara saya iaitu Tiey N Man untuk order stok daripadanya di Kota Bharu dengan pembekal. Antara barangan yang saya jual dalam katolog ialah seperi bruch / kacing baju untuk wanita, beg, kasut, alat tulis, mainan dan sebagainya. Seingat saya, masa tu aliran keluar masuk duit hasil jualan dah hampir ribu raban. Setelah saya fikir semula rasa tak percaya jugak sampai banyak tu sekali saya boleh buat sale, saya tahu sebab saya ada buat rekod dalam buku log, tapi malangnya buku log tersebut dah hilang. Kalau tak boleh simpan buat kenangan dan tunjuk kepada anda.
Dan yang paling menarik, hasil keuntungan perniagaan saya, saya simpan dalam tanung khas, di tabung tersebut saya ada tulis “Tabung untuk pergi umrah”. Setelah saya habis darjah enam di sekolah SK Bunohan, saya masih simpan duit tersebut dan saya alihkannya ke dalam bank. Apabila saya naik di sekolah menengah, simpanan saya dah semakin berkurang, dan sifat boros mula wujud dalam diri saya, sehinggalah saya mula sedar balik dan bertindak balik untuk buat simpanan.
Disekolah menengah pula, saya hanya berniaga kecil kecilan ja, Jarang jarang sekali saya jual maggi / mee segera di asrama. Hasil keuntungan saya simpan, dan sebahagian duit saku saya pon saya ada simpan dalam tabung. Dipendekkan cerita, sampailah saya di tingkatan 4, saya mula berfikir dan mencari jalan untuk mengubah sikap saya yang selalu boros dan keinginan untuk menabung semakin kuat. Setelah saya belajar dan ada terdengar cikgu2 dan ustaz2 berbicara pasal EMAS, saya mula tertarik.
Mula daripada itulah, saya mula mencari ilmu dan belajar sendiri di internet dengan membaca artikel2, search di google dan sebagainya berkaitan simpanan emas. Akhirnya saya mula untuk bertindak menyimpan emas pada hujung tahun semasa saya tingkatan empat (2015). Emas pertama saya yang saya beli ialah emas gold bar 1gram dan gold coin 0.5gram. Selepas daripada itu saya semakin bersemangat mencari ilmu pasal emas dan bertindak untuk menjadi penyimpan emas yang tegar, dimasa inilah saya mula berkongsi ilmu2 emas dan share info2 berkaitan dengan emas d Facebook saya dan kepada rakan2 terdekat. Niat saya hanya nak berkongsi benda yang bermanfaat yang saya rasa ianya sangat penting.
Dipendekkan cerita, setelah beberapa tahun saya menyimpan emas, simpanan emas saya semakin bertambah dan saya semakin happy, dan semangat saya untuk berkongsi manfaat emas kepada orang ramai semakin jelas dan semakin bersemangat. Pada bulan Mac 2017, saya mula daftar untuk menjadi customer Public Gold yang sah, setelah beberapa tahun sebelumnya saya telah mengkaji dan mencari dimana tempat yang paling terbaik dan selamat untuk saya teruskan menyimpan emas untuk masa depan saya. Pada hari saya daftar sebagai customer Public Gold dengan membuat pembelian emas 1gram melalui Akaun Tabungan Emas GAP Public Gold, saya turut ajak kawan kawan saya untuk menyimpan emas sama sama. Alhamdulillah kesemua kawan kawan saya yang ikut pada hari itu telah mula simpan emas. Setelah beberapa bulan bersama Public Gold, saya kerap kali hadir ke seminar seminar emas PERCUMA yang dianjurkan oleh Public Gold, saya rasakan Public Gold adalah company yang terbaikuntuk menyimpan dan melabur emas No.1 di Malaysia. Sebab Public Gold sangat mengambil berat kepada pelanggangnya untuk menyimpan emas serta mempunyai ilmu emas yang cukup, bukan sekadar jual emas.
Pada tanggal 26 May 2017, alhamdulillah berkat usaha dan kesungguhan saya untuk menyimpan dan berkongsi manfaat simpanan emas kepada orang ramai, saya diberi rezeki untuk upgrade diri saya menjadi Dealer Public Gold yang sah dengan membuat pembelian emas dalam satu transaksi yang telah dipersetujui. Setelah itu, saya mula bertekad untuk membantu dan membimbing seramai mungkin masyarakat untuk mula menyimpan dan melabur emas dengan berilmu, mudah, murah, selamat dan patuh syariah.
Setelah itu, mula lah kisah saya sebagai dealer emas Public Gold sampailah sekarang. Kepada anda yang belum mengenali diri saya, saya Azam Amiri merupakan Dealer Emas Public Gold yang aktif mendidik orang ramai menyimpan dan melabur emas dengan cara yang betul & berilmu. Saya juga merupakan penyimpan emas sejak tahun 2015 dan setakat hari ini saya berjaya mendidik hampir 500 orang penyimpan emas dan pelabur emas dibawah bimbingan dan rangkaian saya di seluruh Malaysia, termasuk juga Sabah, Sarawak dan luar negara yang berdaftar secara sah.
Saya bukan jual emas, tapi hanya memperkenalkan emas dari Public Gold dan berkongsi ilmu emas yang ada. Ilmu yang kita tak pernah belajar semasa di sekolah mahupun di universiti.
Saya hanya ajar dan tunjukkan cara-cara yang sangat mudah berjual beli emas dan simpan emas melalui Public Gold dan memudahcara anda untuk menyimpan & melabur emas.
Saya hanya ajar dan tunjukkan cara-cara yang sangat mudah berjual beli emas dan simpan emas melalui Public Gold dan memudahcara anda untuk menyimpan & melabur emas.
Saya juga suka berkongsi tips2 kewangan bagi student untuk membantu mereka mengurus kewangan dengan betul agar tidak terjebak dengan “Neraka Wang”. Saya sedia membantu para pelajar ataupun para pekerja yang ingin membuat simpanan dengan betul & selamat. Saya akan bantu dan guide secara percuma sehingga anda berjaya mula membuat tabungan.
Public Gold sudah wujud sejak tahun 2008. Ia merupakan platform terbaik bagi sesiapa yang mahu mulakan simpanan emas serendah 1g.
Public Gold memenuhi 5 ciri-ciri utama yang perlu diambil kira sebelum seseorang itu nak beli ataupun tukarkan duit kepada emas dari mana-mana kedai emas atau syarikat yang jual emas.
5 ciri itu adalah:
1) Harga rendah (rujuk : www.publicgold.com.my)
2) Spread rendah/nipis
3) Stok tiada had
4) Cawangan yang banyak (termasuk Arrahnu Pos)
5) Jaminan belian balik
2) Spread rendah/nipis
3) Stok tiada had
4) Cawangan yang banyak (termasuk Arrahnu Pos)
5) Jaminan belian balik
Dealer atau pelanggan Public Gold, beli emas pada harga yang sama seperti dalam website. Tiada yuran keahlian diperlukan, tiada GST dikenakan. Beli emas dapat emas. Terima Kasih Dato’ Wira Louis Ng kerana menyediakan platform Public Gold untuk kemudahan rakyat Malaysia amnya menyimpan dan melabur emas dengan mudah.
Jadi jika ada sebarang permasaalahan mengenai emas PUBLIC GOLD atau ingin tahu tentang Public Gold atau ingin tahu tentang ilmu emas sila pm atau wasap saya.
Bila2 masa, in syaaAllah saya akan membantu sedaya mungkin..
Bila2 masa, in syaaAllah saya akan membantu sedaya mungkin..
In syaaAllah akan kongsi segala ilmu yg ada. Terima Kasih
p/s: PM saya untuk dapatkan laporan ringkas tentang “kenapa perlu simpan emas” secara PERCUMA.
Siapa yang nak bermula simpanan emas dibawah bimbingan saya,
+ PERCUMA Nota Emas & Kewangan bernilai RM399
+ PERCUMA sesi Group Coaching Emas & Kewangan
+ PERCUMA sesi Personal Coaching Emas & Kewangan
Boleh Whatsapp saya dengan klik www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas
+ PERCUMA Nota Emas & Kewangan bernilai RM399
+ PERCUMA sesi Group Coaching Emas & Kewangan
+ PERCUMA sesi Personal Coaching Emas & Kewangan
Boleh Whatsapp saya dengan klik www.wasap.my/60179600278/SimpananEmas
Azam Amiri || PG00099605
Authorised Dealer Public Gold
BACA INFO MENARIK BERKENAAN EMAS DAN KEWANGAN DI LINK DIBAWAH:
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan